Pusat Islam An-Nur terdiri daripada kakitangan Universiti Teknologi Petronas dan dibiayai oleh pihak pengurusan universiti sendiri. Unit Pentadbiran Masjid sentiasa sedia memberi perkhidmatan terhadap pelajar dan kakitangan universiti dan untuk melancarkan lagi perjalanan kerja dakwah ini, Pusat Islam An-Nur dibantu oleh badan khas yang terdiri dari pelajar-pelajar Universiti Teknologi Petronas iaitu Rakan Masjid.
Pusat Islam An-Nur juga merupakan sebahagian daripada Jawatankuasa Qaryah yang melibatkan Qaryah Taman Maju, Qaryah Bandar Universiti, dan juga Qaryah Kampung Melayu Balik. Ahli-ahli Qaryah dilantik sendiri oleh Majlis Agama Islam Negeri dan terdiri daripada wakil- wakil pengurusan. |
Comments
RSS feed for comments to this post