Minggu Mesra Kampus

Oleh: Muhammad Asyraff bin Azmi

Pocket D, UTP, 1 Feb 2010 – Satu program di bawah anjuran FASSA telah diadakan di Pocket D selama 3 hari berturut-turut .Program ini lebih dikenali sebagai Minggu Mesra Kampus. Walaupun program ini bukan anjuran Rakan Masjid, tetapi pihak Rakan Masjid tidak melepaskan peluang untuk membuka gerai pada hari tersebut bagi memperkenalkan Rakan Masjid kepada masyarakat kampus.

Selama 3 hari program ini berlangsung, pihak Rakan Masjid telah mengambil peluang keemasan ini untuk mempromosikan acara ‘heart 4 islam’ (h4i) yang bakal berlangsung pada 9 Februari 2010. Antara promosi yang telah diadakan adalah penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan oleh ‘h4i’ serta pendaftaran bagi aktiviti-aktiviti tersebut.

Selain daripada promosi yang hebat itu, pihak Rakan Masjid juga telah mengadakan jualan kepada orang ramai. Antara barangan yang dijual pada ketika itu adalah novel, majalah, pakaian, kerongsang dan sebagainya.

Sebagai kesimpulannya, pihak Rakan Masjid dapat mengadakan promosi yang lebih hebat daripada yang lepas. Diharapkan,aktiviti seperti ini dapat menjadi satu wadah bagi memperkenalkan Rakan Masjid kepada warga kampus khususnya.

 


altalt