Raya Bersama HELWI & TJN

Oleh: Nur Syamimi Atan

 

 

Common Room V5, 13 Oktober 2009 – Kolaborasi antara jabatan HELWI dan Tanzim Jabatan Nuqaba’ telah mengilhamkan satu program khusus untuk para muslimat di UTP iaitu jamuan raya bagi kaum hawa. Program ini telah bermula seawal 9.00 malam dan dijangka selesai jam 12.00 malam.

           

Sambutan yang diberikan oleh mahasiswi UTP adalah sangat memuaskan. Hadirin yang hadir termasuk semua mahasiswi UTP tidak kira bangsa dan agama, dan tidak lupa juga ustazah-ustazah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan jamuan.

 

Aktiviti ini diadakan untuk mengeratkan sillaturrahim antara mahasiswi sama ada yang muslim dan ‘non-muslim’ juga sahabat international. Disamping menyemarakkan semangat berkunjung di kalangan pelajar. Walaupun pelajar mengalami kekangan masa, kebanyakannya sibuk dengan test, assignment, dan kelas namun aktiviti kunjung-mengunjung di bulan syawal tetap diteruskan.

 

Kemeriahan ini diharapkan dpat ditureskan pada tahun-tahun yang akan datang. Walaupun jadual harian kita sebagai pelajar agak padat, aktiviti kunjung-mengunjung haruslah selalu diadakan. Malahan aktiviti kunjung-mengunjung juga dilakukan dalam kehidupan harian  bukan sahaja dibulan syawal.

            alt

           

alt