Karya

Semasa duduk menaip post ini, terpandang saya buku fizik yang agak berhabuk. He he. Sudah hampir lima bulan saya tidak membukanya. Saya selak dan belek-belek balik buku ni. Saya ketawa melihat contengan saya di atas buku tersebut. Cikgu duduk ajar kat depan, saya khayal melukis pedang kristal macam dalam komik senjata misteri dan pedang istimewa dari komik "Pedang Setiawan". Apa boleh buat, dah minat saya. Tiba-tiba saya terpandang satu eksperimen dalam buku ni.

Eksperimen saya maksudkan ialah eksperimen dalam tajuk heat; to find heat capacity of object. Eksperimen ini melibatkan banyak radas. Saya terfikir sejenak apabila membaca kesimpulan eksperimen, pemanipulasian reostat itu telah menyebabkan termometer itu berubah bacaaanya. Saya bukan bermaksud nak membuat post tentang fizik, cuma saya teringat adamotivasi disebalik reostat dan termometer itu. Hah, apa bendanya motivasi tu?

Manusia itu kita boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan termometer dan golongan reostat. Golongan itu dibahagikan  mengikut sifat dan ciri-ciri yang ada pada radas itu. Satu pemanipulasi dan satu lagi dimanipulasi. Itulah hakikat manusia hari ini. Ada yang menjadi pemanipulasi atau pengubah keadaan seperti reostat, dan ada yang menjadi seperti termometer yang dimanipulasikan dan berubah mengikut keadaan. Jadi apa motivasi dari hakikat ini?

Sudah menjadi fitrah manusia untuk dilahirkan dengan sifat malu, rendah diri. Ada sesetengah daripada mereka, yang sentiasa berasa sangat malu selalu. Alahai hendak mendengar suara dia punyalah susah. Macam ada emas dalam mulut dia. Ada sesetengah pula tidak tahu malu. Cakap tidak berhenti-henti, orang sudah bagi isyarat berdehem dekat 10 kali dah, tak faham-faham. Uish, memang tak faham bahasa dia ni. Tapi hakikatnya sifat malu atau rendah diri yang tidak dikawal supaya jangan terkurang atau terlebih menyebabkan adanya golongan termometer dan reostat.

Kita mulakan dengan termometer dulu, sebab saya yakin, anda semua kenal sangat benda ini. Ala, kalau kita sakit, ibu kita atau doktor suruh nganga, letak dekat mulut untuk mengukur suhu badan kita. Oh, golongan termometer ni golongan selalu sakit ke? Bukan! Termometer dalam makmal fizik ke, yang kuning panjang, yang kita buat main kadang-kadang tu? Bukan jugak! Perkara yang saya nak ketengahkan ialah sifat termometer itu. Berubah ikut keadaan semasa, atau dalam kata lain dimanipulasikan oleh keadaan sekeliling.

Kalau kita perhatikan dunia hari ini, memang terdapat banyak golongan termometer ini. Disebabkan kurang keyakinan dalam diri, atau malu, atau rendah diri, mereka lebih suka ikut sahaja orang di sekeliling mereka. Mereka takut untuk membuat keputusan sendiri, kerana mereka menjangkakan apa-apa yang mereka buat akan dicemuh dan dibangkang orang. Jadi mereka takut untuk mengambil langkah permulaan, sebaliknya lebih suka mengikut apa-apa yang orang dah buat.

Tidak dinafikan, jalan yang telah dilalui oleh orang lain dan terbukti selamat, itulah jalan atau pilihan terbaik. Tapi kejayaan kita akan setakat dibawah naungan orang yang pernah berjaya itu. Tidak ada bezanya dan tidak akan maju. Jikalau misalnya kawan kita itu, memilih hendak mengambil jurusan perakaunan, dan terbukti dia berjaya. Malahan dia mendapat tawaran bekerja di Bank Negara. Wah! Kalau kita ikut apa-apa dia buat mesti kita akan berjaya juga. Kalau anda rasakan ini adalah betul, sebenarnya salah.

Ada pepatah Melayu berbunyi "rambut sama hitam, hati lain-lain" dan pepatah Inggeris yang berbunyi "it's take all sort to make the world". Pepatah ini sengaja dipetik, kerana pepatah ini memberi maksud, setiap orang adalah tidak sama. Walaupun sepasang kembar dilahirkan dengan rupa dan suara yang sama sekalipun, mereka tetap berbeza. Begitu juga, anda dengan kawan anda. Anda dengan dia adalah berbeza. Mengapa harus, anda ikut cara dia. Mungkin dia boleh berjaya dalam bidang perakaunan itu, tapi bolehkah anda? Bukan bermaksud hendak merendahkan diri sesiapa, tetapi berfikirlah sejenak, kekuatan setiap orang tidak sama. Ada orang cenderung ke arah sains, ada yang cenderung ke arah kira-kira dan lain-lain.

Bukan apa, kadang-kadang dalam hidup ni, kita minat pertanian. Bila beritahu ibu bapa kita, ibu bapa kata bidang itu, tidak ada masa depan. Seraya berkata "Pernah ke dalam keluarga ni ada orang berjaya dalam bidang ini?" Justeru menyebabkan kita tidak yakin, malu dengan keputusan kita itu. Maka datanglah penyakit termometer dalam diri kita. Kita berubah ikut keadaan semasa, tanpa kerelaan hati. Kalau masa itu, trend mengambil profesion perguruan yang paling terjamin dan popular, maka kita pun terikut-ikut mengambil profesion itu. Terseksalah kita andai profesion itu tidak kena dan tidak serasi dengan kita. Hal ini berlaku kerana kita menjadi golongan termometer.

Kita mengikut keadaan di sekeliling kita. Kita dimanipulasikan oleh keadaan sekeliling, sehinggalah apabila kita tersedar suatu hari nanti, kita sudah tersesat dari landasan asal. Untuk maju kehadapan dan mencipta kejayaan, seseorang itu hendaklah memacu kejayaan mengikut acuannya sendiri. Setiap orang tidak dilahirkan untuk menjadi pandai. Mungkin kepandaian itu Allah telah pindahkan kepada kemahiran yang lain. Kita lihat contoh Dato' Jimmy Choo. Kalau diteliti latar belakangnya, ternyata pencapaian akademiknya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi beliau tidak menjadi termometer. Beliau cuba menongkah arus semasa, dengan menceburi bidang pembuatan kasut. Sesuatu yang asing pada masa itu, dan lihatlah bagaimana dia berjaya.

Kenali potensi diri. Cuba duduk sejenak, kenal dengan diri anda sendiri. Lihat apa kecenderungan anda? Membuat sesuatu yang anda minati dan mahir adalah lebih baik daripada membuat sesuatu kerja kerana terikut-ikut dengan orang lain. Perubahan paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam dan dekat dengan diri, minat anda kerana itu kekal, perubahan paling buruk ialah perubahan luaran kerana itu lakonan. Fikirkanlah, kalau anda sekadar menjadi termometer, mengikut keadaan sekeliling sahaja tanpa kerelaan, dan tanpa pengetahuan mendalam tentangnya, sudah tentu anda sedang menganbil jalan yang sukar. Di dalam Al-Quran sendiri ada ditegaskan supaya jangan mengikuti sesuatu perkara tanpa pengetahuan yang mendalam tentangnya.

Allah pernah berfirman dalam surah Al-Israk ayat 36: Janganlah kamu mengikut apa-apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.

Lihatlah cara Islam itu sendiri disebarkan. Tiada paksaan dikenakan. Misalnya ketika Salahudin Al-Ayubi berjaya menakluki Kota Jerusalem, penduduk Kristian tidak dipaksa memeluk Islam, walaupun majoriti ketika itu beragama Islam. Hal ini demikian kerana Islam tidak mahu penganutnya terdiri daripada golongan termometer iaitu golongan yang memeluk Islam kerana keadaan semasa. Apabila keadaan yang sedia ada berubah, keimanan itu juga turut berubah bersama. Islam amat menekankan kesedaran dan minat yang mendalam di dalam hati, dan sebagai umat Islam kita haruslah membuang sikap atau ciri-ciri termometer itu.

Beranilah untuk membuat keputusan sendiri. Berani mengambil tanggungjawab dan membuat sesuatu perkara sendiri. Janganlah terlalu bergantung kepada sesuatu melainkan Allah. Jikalau selama ini kita selalu bergantung kepada ibu bapa untuk  membuat keputusan, ingatlah kematian akan menjemput mereka suatu hari nanti. Begitu juga dengan mengharapkan kawan, isteri atau guru. Setiap yang hidup pasti merasai mati. Disaat kita hilang pergantungan akan hilang arahlah diri kita. Tidak tentu hala dan tenteram.

Disinilah perlunya menjadi golongan reostat, iaitu golongan yang  yang mengubah keadaan dan memanipulasikan keadaan. Kita yang tentukan apa-apa kita hendak kita perlu buat. Keadaan sekeliling diambil kira juga, tapi kita berpijak diatas keputusan sendiri dan memulakan langkah pertama, bukannya mengikut orang lain.

Allah menegaskan perkara ini dalam Al Quran dalam surah Ar-Raad ayat 21 yang bermaksud:Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri.

Jelasnya dalam firman diatas Allah menyuruh kita berusaha sendiri mengubah nasib kita. Kita harus mengubah keadaan, harus berani menongkah arus. Bukannya mengikut-mengikut keadaan sekeliling dan berharap keapada orang lain. Berpegang kepada ayat inilah, umat Islam mencapai kegemilangannya sekitar abad ke-14. Jikalau umat Islam pada waktu itu, menjadi golongan termometer, golongan yang mengikut keadaan semasa, sudah tentulah dunia akan hancur. Bayangkanlah, bagaimana Eropah dilanda zaman gelap kerana tentera salib membakar buku-buku ilmu, dan perpustakaan di Iskandariah atas nama gereja. Jikalau umat Islam turut mengikut perkara itu, bagaimana agaknya kesudahannya.

Fikirkanlah. Syukur Islam berjaya menjadi reostat. Islam telah mengubah keadaan semasa, malahan telah mencetuskan zaman renaissance yang bermula di Itali. Lihatlah bagaimana berbeza reostat dan termometer itu. Jadilah orang yang mengubah keadaan. Beranilah untuk berimpian dan mempunyai wawasan.

Saya faham, sekiranya kita berasa tidak yakin dengan diri kita. Tidak apa, kerana itu adalah fitrah, tapi terpulang kepada kita untuk berusaha keras. Sudah menjadi fitrah manusia itu dilahirkan bersama-sama dengan kekurangan tetapi kita diberikan kudrat untuk menutup kekurangan itu. Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari, begitu juga kejayaan. Tidak apa jikalau pada permulaannya anda lemah dan selalu kalah, tapi masa yang berlalu akan mematangkan anda. Gagal yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tetapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal.

Mari kita sama-sama berusaha dan melangkah mengorak kejayaan di dunia dan di akhirat. Melangkahlah bagaimana cara dan rupa sekalipun, yang penting melangkah sebab setiap yang melangkah pasti sampai ke matlamat. Setiap kejaan bermula dengan langkah yang pertama. Usahakanlah yang pertama itu sebaik dan secepat mungkin.

Sebelum tu, teringat semasa Tingkatan 3, ada peristiwa berkaitan reostat. Saya ni gatal sangat tangannya, saya bermain-main dengan reostat itu. Selepas itu cikgu marah, disuruh berlari keliling sekolah sambil membawa kerusi. Haha.

Salam Motivasi!


p/s: Apakah kita golongan reostat, atau golongan termometer? Dan golongan manakah yang akan menegakkan syiar Islam kembali? Renung-renungkanlah.

sumber: http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1186-sandiwara-reostat-a-termometer.html



 

Fatwa Syaikh Abdullah bin Jibrin [1] Tentang Hasan Al-Banna dan Sayyid Quthb

Soal:

Segelintir pemuda mengelompokkan Sayyid Quthb dan Hasan Al-Banna sebagai ahli bid’ah berikut melarang membaca buku-buku mereka, serta menuduh beberapa ulama lainnya sebagai penganut faham khawarij. Alasan mereka melakukan itu semua adalah dalam rangka menjelaskan kesalahan kepada masyarakat, sedang status mereka sendiri masih sebagai para penuntut ilmu. Saya sangat mengharapkan jawaban yang dapat menghilangkan keragu-raguan dan kebingungan saya mengenai hal ini.

Jawab:

Segala puji bagi Allah semata …

Menggelari orang lain sebagai mubtadi’ (pelaku bid’ah) atau fasik (pelaku dosa besar) adalah perbuatan yang tidak dibenarkan atas umat Islam, karena Rasulullah bersabda:

{مَنْ قَالَ لأَخِيْهِ يَا عَدُوَّ اللهِ وَلَيْسَ كَذلِكَ حَارَ عَلَيْهِ} (رواه مسلم).

“Barangsiapa yang mengatakan kepada saudaranya: “Wahai musuh Allah”, sedang kenyataannya tidak seperti itu, maka ucapannya itu menimpa dirinya sendiri.” (HR. Muslim).

{مَنْ كَفَّرَ مُسْلِماً فَقَدْ بَاءَ بِهِمَا أَحَدُهُمَا} (رواه البخاري ومسلم).

“Barangsiapa yang mengkafirkan seorang muslim, maka ucapan itu tepat adanya pada salah satu di antara keduanya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

{… أَنَّ رَجُلاً مَرَّ بِرَجُلٍ وَهُوَ يَعْمَلُ ذَنْباً فَقَالَ: وَاللهِ لاَ يَغْفِرُ اللهُ لَكَ . فَقَالَ: مَنْ ذَا الَّذِيْ يَتَأَلَّى عَلَيَّ أَنِّيْ لاَ أَغْفِرُ لِفُلاَنٍ ، إِنِّيْ غَفَرْتُ لَهُ وَأَحْبَطْتُ عَمَلَكَ} (رواه مسلم).

“… bahwa ada seseorang yang melihat orang lain melakukan dosa, lalu ia berkata kepadanya: ‘Demi Allah, Allah tidak akan mengampunimu’. Maka Allah berfirman: ‘Siapakah gerangan yang bersumpah atas (Nama)Ku bahwa Aku tidak akan mengampuni si fulan? Sesungguhnya Aku telah mengampuninya dan Aku gugurkan (pahala) amalmu’.” (HR. Muslim).

Kemudian saya ingin mengatakan bahwa Sayid Quthub dan Hasan Al-Banna termasuk para ulama dan tokoh dakwah Islam. Melalui dakwah mereka berdua, Allah telah memberi hidayah kepada ribuan manusia. Partisipasi dan andil dakwah mereka berdua tak mungkin diingkari. Itulah sebabnya, Syaikh Abdulaziz bin Baaz[2] mengajukan permohonan dengan nada yang lemah lembut kepada Presiden Mesir saat itu, Jamal Abdunnaser – semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang setimpal – untuk menarik kembali keputusannya menjatuhkan hukuman mati atas Sayid Quthub, meskipun pada akhirnya permohonan Syaikh Bin Baaz tersebut ditolak.

Setelah mereka berdua (Sayid Quthub dan Hasan Al-Banna) dibunuh, nama keduanya selalu disandangi sebutan “Asy-Syahid” karena mereka dibunuh dalam keadaan terzalimi dan teraniaya. Penyandangan sebutan “Asy-Syahid” tersebut diakui oleh seluruh lapisan masyarakat dan tersebarluaskan lewat media massa dan buku-buku tanpa adanya protes atau penolakan.

Buku-buku mereka berdua diterima oleh para ulama, dan Allah U memberikan manfaat – dengan dakwah mereka – kepada hamba-hambaNya, serta tak ada seorang pun yang telah melemparkan tuduhan kepada mereka berdua selama lebih dari duapuluh tahun. Bila ada kesalahan yang mereka lakukan, maka hal yang sama telah dilakukan oleh Imam Nawawi, Imam Suyuthi, Imam Ibnul Jauzi, Imam Ibnu ‘Athiyah, Imam Al-Khaththabi, Imam Al-Qasthalani, dan yang lainnya.

Saya telah membaca apa yang ditulis oleh Syaikh Rabie’ Al-Madkhali tentang bantahan terhadap Sayid Quthub, tapi saya melihat tulisannya itu sebagai contoh pemberian judul yang sama sekali jauh dari kenyataan yang benar. Karena itulah, tulisannya tersebut dibantah oleh Syaikh Bakr Abu Zaid[3] hafidzhahullah …

وَعَيْنُ الرِّضَا عَنْ كُلِّ عَيْبٍ كَلِيْلَةٌ وَلكِنَّ عَيْنَ السُّخْطِ تُبْدِي الْمَسَاوِيَ

Mata cinta
terasa letih memandang aib
Tapi mata murka
selalu menampakkan aib

Abdullah bin Abdurrahman bin Jibrin

26 Shafar 1417 H.

Sumber : Al-Ikhwan.net 

Catatan Kaki:

[1] Anggota Hai-ah Kibaril ‘Ulama (Majelis Ulama Saudi Arabia).

[2] Mantan Ketua Umum Hai-ah Kibaril ‘Ulama (Majelis Ulama Saudi Arabia) dan Mantan Ketua Umum Dewan Riset Ilmiah, Fatwa, Dakwah dan Bimbingan Islam Kerajaan Saudi Arabia, rahimahullah.

[3] Anggota Hai-ah Kibaril ‘Ulama (Majelis Ulama Saudi Arabia).

 

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak,   kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang  menarik dan boleh  dijadikan  bahan  renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun  wasiat  itu  khusus  kepada  Ali,  namun  kita  sebagai  Muslim  dan   muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.
Larangan  dan  suruhan  Rasulullah  saw  melalui  wasiat  itu,  adalah  juga  untuk  kaum  Muslimindan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama  orang beriman
                Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

                Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata:  “Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
                Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:”

1. Wahai Ali, takutilah  engkau   daripada   memasuki   tempat  mandi  (hammam)  tanpa  memakai kain  separas  pinggang.    Bahawasanya   barang   siapa   memasuki   tempat   mandi  tanpa  kain separas  pinggang,  maka dia mendapat laknat (mal’un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari  telunjuk  dan  di jari tengah’.  Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya  Allah mengagumi  hamba-Nya  yang  melafazkan istighfar:  “Rabighfirli fainnahu  la  yaghfirul-zunuba  illa  Anta”   ( Tuhanku,  ampunilah  aku.    Sesungguhnya tiada   yang    mengampunkan   dosa  melainkan  Engkau).   Allah lalu berfirman:  “Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada  yang mengampunkan  dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia”.

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya  berdusta  itu  menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai  kazzab (pendusta).  Dan,  bahawasanya  benar  itu  memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.   Ketahuilah engkau,  bahawasanya  sidq (benar)  itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur  dan  menjadi  penghalang  kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar,  kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai  Ali,  janganlah  engkau   mencita-citakan  rezeki  untuk  hari  esok.  Bahawasanya   Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan  berkelahi  dengan  maki-hamun  dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi.   Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa  makanan di celah  gigi  tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul  rasa marah,  duduklah  engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan  kesabaran  Allah Taala ke atas hamba-Nya.   Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang  telah  engkau  nafkahkan  untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau  benci pada  diri  engkau,  maka  engkau  bencikan  juga  pada  diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka  engkau  kasihkan juga  pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman.   Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah  perhubungan  di antara  penduduk (jiran) sekampung  dan  antara  ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka  sekaliannya  dengan rasa  persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

             Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
                InsyaAllah

                Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>

Page 1 of 5