BULAN SYA’BAN
Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan
izin-Nya, kita masih lagi dapat bernafas di muka bumi yang indah ini.
Dalam kesibukan kita mencari jalan-jalan kejayaan dan
kemewahan dunia masa kini, sedar ataupun tidak, kita telah pun memasuki antara
bulan Islam yang mulia sebelum Ramadhan iaitu bulan Sya’ban pada tahun 1433
Hijrah ini.
Mungkin ada antara kita yang sudah dapat merasai sedikit “bahang”
Bulan Ramadhan yang Berkat, yang bakal menyusul pula selepas ini. Mungkin juga
telah timbul, dalam jiwa-jiwa kebanyakan manusia untuk kembali semula ke jalan
yang benar, dan meningkatkan semula kadar ibadah sebelum tibanya tetamu
Istimewa Ramadhan yang tidak lama lagi.
Apa yang pasti, ibadah-ibadah yang dilakukan samada
sebagai persiapan kepada menjelangnya bulan Ramadhan, ataupun sekadar
perkara-perkara ibadah yang rutin, tidak kurang juga, terdapat banyak ganjaran
dan juga fadhilat yang ditawarkan sepanjang bulan Sya’ban. Apakah ganjaran-ganjaran yang
diberikan Sya’ban itu?
Antaranya fadhilat tersebut ialah: 1. Pada malam ke 15 Syaaban, Allah berfirman bahawa sesiapa yang meminta ampun kepada Allah melalui doanya maka doanya akan diperkenankan oleh Allah kecuali tiga golongan iaitu;
a.
Orang yang syirik kepada Allah. b. Orang
yang berzina dan tidak bertaubat nasuha. Malahan orang berzina ini meskipun
orang lain berdoa untuk dirinya maka tidak diterima oleh Allah. c.
Orang yang bermusuhan sesama Islam. 2. Sya’ban ialah bulan yang membuka peluang kepada manusia untuk diampunkan dosa, manakala, bulan Ramadahan bulan untuk menyucikan dosa tersebut. 3. Antara bulan yang dinaikkan ganjaran puasa selepas bulan Ramadhan dan Rejab ialah pada bulan Sya’ban.
Pada malam yang istimewa di bulan ini,
iaitu malam Nisfu Sya’ban, antara amalan mulia yang biasa diamalkan dalam kalangan
masyarakat Islam adalah:
Adapun, sesetengah perkara yang berkaitan dengan bulan ini mungkin tidak dapat diyakini kesahihannya, namun tidak salah untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah tersebut, dengan syarat berniat untuk beribadah kepada Allah dan mendapat keredhaan-Nya. Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami
mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka
sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat
baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga
tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak
daripada puasanya di bulan Syaaban.” (Al-Bukhari)
Wallahualam.... |
