Ilmu merupakan alat dan penggerak utama Islam. Ia ditempatkan di tempat yang tertinggi dalam semua urusan manusia.
Firman Allah:
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat."
[Surah al-Mujadalah : 11]
Pelajar Menurut Perspektif Islam
Menuntut ilmu ialah kewajiban setiap individu Muslim. Orang yang menuntut Ilmu akan mendapat ganjaran pahala dan balasan syurga.
Sabda Rasullulah:
"Sesiapa yang berusaha menjalani suatu jalan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, Allah menyediakan untuknya satu jalan daripadanya jalan-jalan ke syurga." [Riwayat Abu Daud]
Adab-Adab Menuntut Ilmu:
Menuntut ilmu dengan rajin dan bersungguh-sungguh.
Semak pelajaran sebelum masuk ke kelas.
Duduk di tempat yang dekat dengan guru.
Tumpukan perhatian kepada guru.
Hormat kepada guru.
Tidak menimbulkan kekacauan dan kemarahan orang lain semasa menuntut ilmu.
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat
atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”,
bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat
dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama
tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat,
kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang
membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang
demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul,
memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan
dan rahmat daripada Allah S.A.W.
PENGHULU
SEGALA HARI
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya
hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari,
bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala
hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat
Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu
(diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga,
padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka.
Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu
yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini
(Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad)
untuk kaum Nasrani.
KELEBIHAN
HARI JUMAAT
Jumaat
dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya
lima peristiwa yang penting, iaitu:
Allah ciptakan Adam.
Allah turunkan
Nabi Adam ke bumi.
Allah mematikan
Nabi Adam.
Pada hari itu juga
ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali
Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang
haram.
Pada hari itu
juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang
amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga
lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. (Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis
lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah
hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan
ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari
yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
KELEBIHAN
SOLAT JUMAAT
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat
Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk
mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang
cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur
dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada
saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada
saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat
Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir
solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan
sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji
telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku
catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat
selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak
direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
MALAIKAT
TURUN KE BUMI
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan
malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan
ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa
mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke
muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada
perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid,
dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka
kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama
mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “
Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah
ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
KESIMPULAN
Melalui penerangan
itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan
sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Apabila imam naik
ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah.
Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya
datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran
malaikat.
Melalui penerangan
itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan
sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Sumber:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)